Catatan

BUKU LAMA

Buku Itulah aku. Kandungan aku? Menarik, Ramai yang sudi menelaahku, Kerana aku satu dalam seribu. Ilmuku tidak banyak Namun tetap menjadi tatapan Aku dikarang oleh seorang tua Yang fakir namun kaya pengetahuan sasteranya. Aku bangga ditulis oleh beliau Membuatkan diriku semakin berkilau Dengan coretan penanya Yang penuh dengan penghayatan Akan kehidupan. Selakan demi selakan, Cahaya ilmu menyinari kehidupan pembacaku Mengubah mereka Menjadi manusia Yang kaya jiwa. Namun setelah beliau pergi, Aku masih lagi menjadi rujukan Sebuah buku agung Bukti kehebatan ilmu penulisku. Penulisku ada memberitahu aku, Agar berbaktilah kepada nusa Biar tak pupus Seni bahasa dan sastera. Namun anehnya, Aku rasakan dunia semakin gelap dan sejuk Tiada lagi cahaya yang tersisa Jika dahulu aku menjadi rebutan manusia Mengapa kini aku menjadi semakin berhabuk Kulit aku semakin luput Ulat-ulat memamahku Kini aku tidak seperti dahulu Jika dahulu menjadi rebutan Namun kini d

SINIS

Aku kejar kau Dengan harapan kau akan mendekatiku. Namun kau lari Tanpa mempedulikan panggilanku. Saat aku mengejarmu, aku tersandung sesuatu Lalu aku terjatuh di situ Namamu tetap meniti di bibirku Dengan harapan kau mendengarnya Lalu datang membantu. Namun kau terus berlari Tanpa menghiraukan aku. Aku bangkit lantas tersedar Aku jatuh di tempat yang sepatutnya aku berada Dan kau, huh Kau terus lari darinya Dan aku tersenyum sinis.

CINTA DAN JAMPI

Cinta Yang gunakan jampi Adakah itu yang dikatakan Sebagai cinta sejati?

HANYA FANTASI

Saat aku bersedih Dia ada Saat aku berduka Dia kekal setia. Belaian lembut Mengenai ubunku Tanda kasih sayang yang abadi Dikala empangan mataku roboh Dia di sisiku Memberikan semangat Menghilangkan duka Agar aku boleh terus berlari Mengejar awan-awan impianku. Semuanya indah Indah belaka. Itulah yang difikirkan Alangkah kasihannya Itu semua hanyalah fantasi Yang berlegar-legar di minda. Fantasinya, aku bahagia Realitinya, aku terseksa. Sadis.

RANTING RAPUH

Dulu aku suka Semua mesra denganku Berkawan dan saling berkongsi. Namun kini Aku ingin katakan sesuatu Aku telahpun berubah. Kerana kini aku, Ibarat satu ranting rapuh Yang lemah Amatlah lemah Namun jaga-jaga Aku tak sekukuh dulu Tak sekuat dulu Aku telah berubah Dek masa Dek perubahan Dek manusia. Aku khuartir Engkau terluka Terkena selumbarku.

PENDAM

Aku pendamkan segala perasaan Segala kesakitan dan penyeksaan Yang dihadapi dan dirasai Sejak sekian lama hidup di dunia. Aku tahu Aku tak mampu Untuk menahan segala penyeksaan ini Namun kucuba sedaya upaya. Tatkala siang menjelang Aku cuba tersenyum Menyembunyikan kesakitan Daripada pandangan manusia. Apabila malam menjelma Dalam suasana yang gelap gelita Tanpa suara-suara manusia Aku terduduk kaku Lalu aku menangis Menangis dan menangis. Segala topeng penipuan dibuang Segala coretan senyuman dipadam Segala kepalsuan dimatikan. Kini segala penyeksaan yang dipendam Dibebaskan daripada diri Setelah sekian lama terpenjara.

MEMORI

Suatu petang yang aman Kutatap sebuah buku lama Buku yang selamat tersimpan Seribu satu kenangan yang tak akan aku lupakan Buat selamanya. Memori Tak akan mampu dibeli Hanya mampu dirasai dan dinikmati Menjadikannya harta yang bernilai sekali. Setiap kali kutatap foto lama Aku ketawa Dek kenangan yang menggeletek hati Kadang-kadang hatiku diserang pilu Teringat kembali zaman silam Aku mahu kembali pada zaman itu Namun apakan dayaku Aku hanya insan biasa. Namun Aku akan tetap mengingati memori itu Tak akan kulupa walau secebis Tersimpan erat dalam dakapanku sentiasa Akan bersemai dalam diriku sepanjang masa. Aku akan teruskan sisa-sisa hidupku Meneroka dunia ini Demi mencari Sebuah lagi memori baharu.