Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2017

MEMORI

Suatu petang yang aman Kutatap sebuah buku lama Buku yang selamat tersimpan Seribu satu kenangan yang tak akan aku lupakan Buat selamanya. Memori Tak akan mampu dibeli Hanya mampu dirasai dan dinikmati Menjadikannya harta yang bernilai sekali. Setiap kali kutatap foto lama Aku ketawa Dek kenangan yang menggeletek hati Kadang-kadang hatiku diserang pilu Teringat kembali zaman silam Aku mahu kembali pada zaman itu Namun apakan dayaku Aku hanya insan biasa. Namun Aku akan tetap mengingati memori itu Tak akan kulupa walau secebis Tersimpan erat dalam dakapanku sentiasa Akan bersemai dalam diriku sepanjang masa. Aku akan teruskan sisa-sisa hidupku Meneroka dunia ini Demi mencari Sebuah lagi memori baharu.

ABAH

Abah Engkau manusia yang luar biasa Engkau manusia yang hebat di mataku Engkau manusia yang sangat istimewa. Engkau berkorban masa dan tenaga Demi mencari sesuap nasi Engkau tak pernah berputus asa Dalam mencari sumber rezeki. Jasamu sangat besar buatku Engkau mendidik aku Untuk menjadi seorang yang lebih kental jiwa Dalam menempuh ujian dunia. Walaupun Bukan engkau yang melahirkan aku Bukan engkau menyusui aku Namun, jasamu sangat besar Tak ternilai sekali Tak mampu aku untuk membalasnya Walau aku hidup berjuta tahun sekali pun. Abah, Kasih sayangmu akan terbina kukuh di kalbu Tak akan sesekali runtuh Walau dihempap badai dan gegaran yang dahsyat Tegak berdiri kukuh Sebagaimana kamu dalam hidupku.

ADIWIRAKU

Saat aku dalam kesedihan Engkaulah yang berada disisiku Menghapuskan kedukaan yang bermaharajalela Menggantikannya dengan warna-warni kegembiraan. Suasana yang gelap amatlah menyeramkan Menyuntik perasaan gentar dalam jiwaku Pancaran cahaya yang berkilauan memburukan keadaan Menambahkan ketakutan Namun engkau masih setia menemani diriku Menenangkan gelora ombak jiwa Dengan kata-kata dan belaian kasih sayang. Saat aku terjatuh dalam lembah kegagalan Aku masih engkau dampingi Menarikku untuk bangkit semula Dari lembah kegagalan terusku maju ke belantara kejayaan. Engkau memang tak jemu Setia disampingku sepanjang masa Walau aku terjerumus dalam kesesatan Engkau hadir membawa obor cahaya Menerangi kegelapan yang menyelimuti diri Membawaku kembali ke jalan yang benar. Adiwira, Itulah gelaran sesuai untukmu Wahai abangku.

HADIAH BUAT ALAM

Wahai air yang mengalir Engkau mengalir di setiap ceruk bumi Airmu jernih bak mutiara Tekak yang haus hilang belaka. Wahai tumbuhan yang menghijau Engkau menyeliputi alam ini Banyak manfaat datang darimu Memberi teduhan buat semua. Wahai udara yang mengisi setiap kekosongan Denganmu semua mahkluk dapat meneruskan hidup Tanpamu alam ini akan binasa Tanpamu alam ini tidak bermakna. Semuanya terjaga Semuanya terpelihara Namun ia hanya seketika. Wahai manusia yang menetap di alam ini Kedatanganmu membawa kesengsaraan buat alam Kamu mencemari kesucian alam Kamu merosakkan suasana harmoni alam Dengan tangan kamu yang penuh kekejaman Tanpa belas kasihan. Manusia, Ingatlah sentiasa Kehadiranmu hanya sementara. Sesunggunya mereka ialah makhluk seperti kamu Malah mereka ialah hadiah dari Sang Pencipta yang Berkuasa Agar kamu menjadi lebih taat kepada-Nya. Jagalah alam ini Cintailah alam ini Jadikan kehadiran di sini Sebag

PERMAISURI HATI

Suatu malam aku duduk bersendirian Menatap Sang Purnama yang memancar indah Namun nun jauh dilubuk hati Kesedihan menguasai jiwa Kerana pada ketika itu Permaisuri hatiku telah tiada Meninggalkan aku yang masih terkapai-kapai dalam kesusahan. Ibu, Kenapa engkau meninggalkan aku? Kenapa engkau pergi dahulu? Adakah engkau tidak sayang lagi padaku? Kini, Tak dapat lagi aku mendengar suara merdumu mendendangkan nasihat Tak dapat lagi aku menatap wajahmu yang sentiasa terukir senyuman Tak dapat lagi aku merasai pelukan hangatmu Tidak dapat lagi aku menerima ciuman kasihmu Semuanya lenyap Sendu merobek jiwaku. Engkau berpesan padaku "Ibu sentiasa berada di dalam hatimu Ibu sentiasa ada untukmu Walau jasad ibu tiada Namun jiwa ibu tak akan meninggalkan kamu Ingatlah sentiasa, anakku." Ibu, Aku kini tersedar Lantas kuhapuskan segala kesedihan yang menyelubungi jiwa "Aku harus kuatkan diri" Kugenggam sebuah matlamat baharu Aku ingin m

SUNYI

Imej
Kesunyian menjelma Menyelubungi diri Hadir tanpa diundang Suatu perasaan yang membinasakan. Aku sunyi Tiada sesiapa disisiku Kesibukan menjadi alasan Sehingga memulaukan aku sendirian. Sunyi mendatang Fikiranku bercelaru Perasaan berbolak-balik Jiwaku pedih Mindaku tak tenteram. Namun tetap aku tabahkan hati Menempuh perasaan ini Dengan jiwa yang kuat Kerana aku tahu Sunyi ini hanya sementara. Ia akan hilang jua Namun ia akan datang kembali.