Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2017

MALAYSIA, AKU BANGGA

Imej
Aku bangga, Menjadi salah seorang penghuni Sebuah negara yang aman dan makmur Malaysia, aku bangga. Aku bangga, Negaraku aman tanpa penjajahan Hasil usaha wira negara Berkorban nyawa dan tenaga Malam dan siang bertarung Demi menggenggam keamanan Buat negaraku. Aku bangga, Negaraku diwarnai budaya dan adat yang pelbagai Kaum berbeza saling berinteraksi Mewujudkan perpaduan Tanpa berselisihan pandangan Persekitaran yang harmoni, Menghiburkan hati. Aku bangga, Negaraku dipimpin oleh pemimpin bijak bestari Memimpin negara dengan adil dan saksama Cekal menyelesaikan masalah Tabah menghadapi dugaan Rasional dalam berfikir Amanah dalam setiap perbuatan Menjadikan pemimpin negaraku disayangi selamanya. Aku bangga, Negaraku bergerak pantas Dalam mencapai kemajuan Ilmuwan terulung banyak terlahir Menjadikan negaraku disanjung tinggi seantero dunia. Oh Malaysiaku, negaraku, Dengarlah isi hatiku Aku bangga denganmu Aku bangga menjadi rakyatmu Ak

JANJIKU PADAMU JALUR GEMILANG

Imej
Jalur gemilang, 4 warnamu punya pelbagai makna Merah menggambarkan keberanian Putih melambangkan kesucian agama Biru bermaksud perpaduan Kuning beerti kedaulatan kepada raja. Jalur gemilang, Aku ada sebuah janji yang telah lama kuungkapkan Sejak pertama kali aku melihatmu berkibaran megah Terbit suatu perasaan bangga Tatkala melihat kehebatanmu. Janjiku padamu, Akan aku kibarmu seantero dunia Biar kamu dikenali Penduduk negara lain. Dimana-mana sahaja kumerantau Akan aku bawa kamu Tersimpan erat di genggamanku Selamat dan sejahtera. Aku sanggup Mendaki puncak tertinggi Meredah belantara yang tebal Harungi sungai yang deras Berlari di tanah yang gersang Demi mengibarkanmu. Aku akan  melindungimu Aku akan mempertahan kesucian dan kemakmuranmu Dari dicemari anasir-anasir durjana Dengar nyawa dan kudrat yang masih tersisa. Itulah janjiku padamu. Janjiku padamu, Jalur Gemilang.