JANJIKU PADAMU JALUR GEMILANG

Jalur gemilang,
4 warnamu punya pelbagai makna
Merah menggambarkan keberanian
Putih melambangkan kesucian agama
Biru bermaksud perpaduan
Kuning beerti kedaulatan kepada raja.

Jalur gemilang,
Aku ada sebuah janji yang telah lama kuungkapkan
Sejak pertama kali aku melihatmu berkibaran megah
Terbit suatu perasaan bangga
Tatkala melihat kehebatanmu.

Janjiku padamu,
Akan aku kibarmu seantero dunia
Biar kamu dikenali
Penduduk negara lain.
Dimana-mana sahaja kumerantau
Akan aku bawa kamu
Tersimpan erat di genggamanku
Selamat dan sejahtera.

Aku sanggup
Mendaki puncak tertinggi
Meredah belantara yang tebal
Harungi sungai yang deras
Berlari di tanah yang gersang
Demi mengibarkanmu.

Aku akan  melindungimu
Aku akan mempertahan kesucian dan kemakmuranmu
Dari dicemari anasir-anasir durjana
Dengar nyawa dan kudrat yang masih tersisa.
Itulah janjiku padamu.

Janjiku padamu, Jalur Gemilang.

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SAHABAT, KAWAN DAN RAKAN

SUNYI

BUKU LAMA