PERMAISURI HATI

Suatu malam aku duduk bersendirian
Menatap Sang Purnama yang memancar indah
Namun nun jauh dilubuk hati
Kesedihan menguasai jiwa
Kerana pada ketika itu
Permaisuri hatiku telah tiada
Meninggalkan aku yang masih terkapai-kapai dalam kesusahan.

Ibu,
Kenapa engkau meninggalkan aku?
Kenapa engkau pergi dahulu?
Adakah engkau tidak sayang lagi padaku?

Kini,
Tak dapat lagi aku mendengar suara merdumu mendendangkan nasihat
Tak dapat lagi aku menatap wajahmu yang sentiasa terukir senyuman
Tak dapat lagi aku merasai pelukan hangatmu
Tidak dapat lagi aku menerima ciuman kasihmu
Semuanya lenyap
Sendu merobek jiwaku.

Engkau berpesan padaku
"Ibu sentiasa berada di dalam hatimu
Ibu sentiasa ada untukmu
Walau jasad ibu tiada
Namun jiwa ibu tak akan meninggalkan kamu
Ingatlah sentiasa, anakku."

Ibu,
Aku kini tersedar
Lantas kuhapuskan segala kesedihan yang menyelubungi jiwa
"Aku harus kuatkan diri"
Kugenggam sebuah matlamat baharu
Aku ingin membalas jasamu
Itulah matlamatku
Itulah janjiku.

Ibu,
Aku mahu engkau mengetahui sesuatu
Engkaulah permaisuri hatiku
Dan engkau akan bertakhta di situ
Sehingga akhir hayatku.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SAHABAT, KAWAN DAN RAKAN

SUNYI

BUKU LAMA